Aira Couture (SA0241965-M)

Aira Kamilia memulakan perniagaan sebagai sebuah online boutique yg telah ditubuhkan dari tahun 2015 ditubuhkan dengan hanya bermula dengan sepuluh helai tudung kanak-kanak dan kini telah mempunyai sebuah butik Aira Kamilia di KL EAST MALL dan mendapat kepercayaan rakyat Malaysia dan juga jiran sebelah iaitu Singapura & Brunei serta sehingga sejauh negara Qatar, Australia, German, Canada, USA dan banyak lagi

 

Dengan bermula hanya 10 helai tudung, kini tudung kanak-kanak Aira Kamilia semakin meningkat kepada beribu-ribu helai sebulan dan telah mendapat tempat di hati ramai ibu bapa yang menginginkan anak-anak mereka kelihatan cantik bertudung.


Alhamdulillah, setelah  dua tahun penubuhan Aira Kamilia, berpuluh-puluh ribu helai tudung Aira Kamilia telah dipasarkan di dalam Malaysia termasuk luar negara. Kami mempunyai pelbagai pilihan warna, corak dan juga jenis kain yang kami gunakan. Semoga dengan harga produk kanak-kanak kami yang sangat murah iaitu serendah RM10 sehelai, sehinggalah tudung berkualiti kami dengan harga paling tinggi RM40 sehelai, membuatkan lebih ramai kanak-kanak yang dapat dan suka memakai tudung.

 

Marilah kita sama-sama memberi pendedahan awal dalam mendidik kanak-kanak untuk memakai tudung seawal  usia 1 tahun. Semoga mereka menjadi anak-anak yang solehah dan sentiasa istiqomah serta berjaya dunia dan akhirat.


Allahuma Ameen